Thursday, May 12

APA KELEBIHAN STEVIA?

Stevia adalah merupakan herba yang asalnya tumbuh di Parguay di Amerika Selatan dan telah digunakan oleh penduduk setempat sebagai pemanis untuk makanan. Kini stevia sudah mula dikenali di serata dunia sebagai pemanis gantian kepada gula tebu atau gula pasir yang didapati banyak mambawa kemudaratan kepada tubuh manusia.

Antara kemudaratan yang paling ditakuti ialah kencing manis yang boleh membawa kepada kehilanggan anggota tertentu badan kerana kencing manis boleh dikatakan sakit yang tiada jalan kembali. Suah ribuan individu yang mengalami penyakit kencing manis terpaksa dipotong jari, kaki, tangan dan sebagainya.


Selain itu gula juga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami obesiti atau berat badan meningkat melebihi teruk dari berat badan unggul. Mereka yang mengalami obesiti pula akan disusuli dengan lain-lain penyakit jika tidak dirawat di peringkat awal.

Kandungan gula yang tinggi dalam tubuh juga berkemungkinan akan memberi kesan kepada buah pinggang yang akhirnya pengidap terpaksa menjalani rawatan dialisis kerana buah pinggang tidak dapat mencuci darah dengan berkesan.

Jadi, mengapa stevia menjadi pilihan sebagai penganti gula tebu untuk memaniskan makanan dan minuman kita? Rajah berikut adalah sifat-sifat stevia.


Di bawah pula ialah salinan dari laman web wikipedia yang memberikan maklumat tentang pemanis tiruan atau artificial sweetener yang sering disyurkan kepada mereka yangi ngin diet.


No comments:

Post a Comment