Wednesday, April 19

GAURANA - SALAH SATU RAMUAN DALAM KH KOPI

Selain ramuan utama dalam kopi pracampuran yang banyak di pasaran ialah Tongkat Ali, ada lagi kopi yang menambahkan herba-herba tambahan pada kadar yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan.

KH Kopi, selain mengandungi ekstrak Tongkat Ali, juga ada herba yang bernama Guarana,  sejenis tumbuhan hutan asli di Lembah Amazon, khususnya di negara Brazil. Pokok Guarana atau nama saintifiknya Paullinia Cupana, Paullinia Crysan dan Paullinia Sorbilis telah mula ditanam di negara ini untuk memberikan pendapatan tambahan kepada pekebun kecil. Harga Guarana di pasaran ialah antara RM200-RM300 dan sepokok Guaran boleh menghasilkan lebih kurang 50 kilogram.

Anda boleh baca selanjutnya tentang pokok ini DI SINI.

Apakah khasiat biji Gaurana ini sehingga dijadikan salah satu ramuan dalam KH Kopi.
Kredit Foto DETOX TRADING

Efek pertama biji Gaurana ialah meningkatkan dan menambahkan tenaga seksual lelaki dan perempuan. Ini kerana ia mampu mengembangkan saluran darah bagi membolehkan lebih banyak darah mengalir ke kawasan-kawasan yang memerlukan lebih-lebih lagi apabila kita semakin meningkat usia. Salah satu punca kelemahan tenaga pada lelaki dan wanita ialah masalah peredaran darah. 

Apabila peredaran darah lancar ke seluruh tubuh khususnya ke otak, secara tak langsung ia boleh mengurangkan rasa mengantuk kerana salah satu sebab mengantuk ialah kurangnya bekalan oksigen ke otak yang dibawa oleh darah. Begitu juga dengan kes migrain.

Otak yang menerima bekalan oksigen yang mencukupi secara tak langsung akan meransang aktivitinya khususnya aktiviti kognitif yang hasilnya meningkatkan daya ingatan.

Kesan kedua Guarana ialah membantu melancarkan sistem perkumbuhan tubuh iaitu melancarkan pembuangan air kecil dan air besar, salah satu lagi kesan pada manusia yang semakin meningkat usia.

Lain-lain khasiat Guarana ialah ia membantu untuk mengawal awet muda disamping menurunkan berat badan dengan mengurangkan nafsu dan selera untuk makan, salah satu punca kegemukan.




Tuesday, May 17

MERAWAT LUKA KUCHING DENGAN STEVIA

Pada satu pagi seekor kuching yang dipungut dan dipelihara telah balik dan kelihatan mulutnya berdarah serta bengkak. Perkara pertama terlintas di kepala ialah mungkin ada orang yang meletakkan racun dan kuching tersebut termakan racun itu. Ia balik selepas dua hari menghilangkan diri entah ke mana. 

Kasihan melihat keadaan kuching tersebut yang tidak dapat makan dan badannya kelihatan lemah, maka saya terfikir hendak mencuba stevia untuk mengubatinya. Ini kerana luka kencing manis pun boleh kering selepas dirawat dengan stevia, maka saya pun larutkan dua titis stevia ke dalam air dan mengubati kuching tersebut. 

Luka pada hidung dan mulutnya dibersihkan dengan menggunakan larutan stevia sementara beberapa titis diasukkan ke dalam mulutnya. 


Syukur alhamdulillah selepas dua tiga hari nampak ada improvement. Luka pada hidung dan mulutnya sudah sembuh dan ia dah boleh menjamah makanan yng diberikan. Kini kuching itu sudah kembali sihat seperti sediakala. 

Kemungkinan kuching itu termakan binatang berbisa. Maklumlah sahaja baharu dua tiga hari hujan mula turun.

Stevia mempunyai beberapa sifat seperti anti septik yang boleh digunakan sebagai pencuci luka )seperti kita mengguna laturan Dettol). Ia juga anti bakteria dan dapat mengawal bakteria dari merebak. disamping itu juga ianya antitoxin yang boleh membantu membuang toksin dalam badan. Satu lagi sifat stevia ialah ia antimikrobial iaitu mengawal mikro organisme daripada merebak serta menghalang pertumbuhannya.  

Thursday, May 12

APA KELEBIHAN STEVIA?

Stevia adalah merupakan herba yang asalnya tumbuh di Parguay di Amerika Selatan dan telah digunakan oleh penduduk setempat sebagai pemanis untuk makanan. Kini stevia sudah mula dikenali di serata dunia sebagai pemanis gantian kepada gula tebu atau gula pasir yang didapati banyak mambawa kemudaratan kepada tubuh manusia.

Antara kemudaratan yang paling ditakuti ialah kencing manis yang boleh membawa kepada kehilanggan anggota tertentu badan kerana kencing manis boleh dikatakan sakit yang tiada jalan kembali. Suah ribuan individu yang mengalami penyakit kencing manis terpaksa dipotong jari, kaki, tangan dan sebagainya.


Selain itu gula juga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami obesiti atau berat badan meningkat melebihi teruk dari berat badan unggul. Mereka yang mengalami obesiti pula akan disusuli dengan lain-lain penyakit jika tidak dirawat di peringkat awal.

Kandungan gula yang tinggi dalam tubuh juga berkemungkinan akan memberi kesan kepada buah pinggang yang akhirnya pengidap terpaksa menjalani rawatan dialisis kerana buah pinggang tidak dapat mencuci darah dengan berkesan.

Jadi, mengapa stevia menjadi pilihan sebagai penganti gula tebu untuk memaniskan makanan dan minuman kita? Rajah berikut adalah sifat-sifat stevia.


Di bawah pula ialah salinan dari laman web wikipedia yang memberikan maklumat tentang pemanis tiruan atau artificial sweetener yang sering disyurkan kepada mereka yangi ngin diet.


Friday, November 8

Affiliate Ikan Sticky



Anda ingin mencari pendapatan pasif melalui program affiliate? Jika ya, anda boleh lawat LINK INI dan daftar sebagai ffiliate. Pendaftaran adalah PERCUMA.

Sebagai affiliate anda akan dibayar 15 sen untuk satu klik. Lihat gambarajah di bawah bagaimana anda boleh membina pendapatan anda melalui komisyen.

Thursday, November 7

Coklat Imtiyaz gold

KAMI SUDAH TIDAK MENJUAL PRODUK INI LAGI

Salah satu kesihatan aspek kesihatan yang setiap manusia perlu jaga ialah kesihatan minda. Minda kita yang kita hanya kenali sebagai otak adalah ibarat CPU pada komputer yang menjadi pusat memproses segala info dari mana-mana organ dan anggota badan untuk diambil tindakan seterusnya.

Kesihatan minda akan menghasilkan mental yang sihat dan seterusnya menjadikan hidup manusia lebih berkualiti. Minda kita juga memerlukan latihan untuk mengukuhkan segala kamhiran dan ilmu yang kita terima dan juga pusat menapis segala maklumat sebelum mendapat reaksi dari hati.

Baru-baru ini syarikat zb estetika resources telah menambah satu lagi produk untuk dipasarkan, Coklat Imtiyaz Gold dan ianya adalah merupakan makanan atau "baja' untuk minda khususnya kepada kanak-kanak.


Produk Coklat Imtiyaz Gold ini diformulasikan oleh Dr (H) Junaidi Tajul Ariffin dan telah berada di pasaran sejak tahun 2006. Ianya berasaskan susu kuda, pegaga, soya, koko dan kismis. Formulasi Coklat Imtiyaz kini ditambah pula dengan Kismis Terapi Al-Quran 30 Juz untuk meningkatkan lagi kualiti produk dari aspek Sentuhan Qalbu/Hati 5P (Perawat, Peneman, Penawar, Penguat dan Pemyembuh). Pengambilan Coklat Imtiyaz Gold adalah usaha ke arah Kecemerlangan Emosi dan Akademik disamping berserah kepada Allah Azzawajalla.

Coklat Imtiyaz Gold adalah suplemen untuk minda bukannya social food.

Satu botol mengandungi 60 tablet coklat yang boleh digunakan selamat sebulan. Untuk maklumat lanjut dan pembelian sila ke laman Coklat Imtiyaz Gold.

Sunday, August 5

Bisnes Percetakan

Kini kami sudah mula menceburkan diri dengan perniagaan percetakan secara kecil-kecilan. Kami mencetak stickers, label, sticker untuk hadiah dan cenderamata, sticker untuk kulit fail dan sebagainya.


Disamping itu kami juga membuat heatpress transfer pada baju T dengan gambar-gambar, imej dan sebagainya.

Friday, March 2

Melabur Emas Dan Perak

Emas adalah merupakan logam yang amat bernilai dan menjadi simbol kekayaan seseorang, khususnya wanita. Sejak zaman dahulu lagi emas telah menjadi alat perhiasan utama dalam semua tamadun manusia. Hari ini emas dijadikan sandaran kepada nilai mata wang kerana emas tidak berisiko terhadap kejatuhan nilai.

Anda boleh jadikan emas sebagai pelaburan di samping wang ringgit dan dianggap lebih selamat. Bank-bank di negara kita juga kini sudah membolehkan orang ramai membuka akaun emas yang boleh dibeli mengikut harga emas di pasaran.

Terdapat ebook panduan untuk mereka yang ingin menjadi emas sebagai pelaburan. Salah satu darinya ialah seperti di bawah. Sila klik link ini Rahsia Pelaburan Emas dan Perak