Tuesday, May 17

MERAWAT LUKA KUCHING DENGAN STEVIA

Pada satu pagi seekor kuching yang dipungut dan dipelihara telah balik dan kelihatan mulutnya berdarah serta bengkak. Perkara pertama terlintas di kepala ialah mungkin ada orang yang meletakkan racun dan kuching tersebut termakan racun itu. Ia balik selepas dua hari menghilangkan diri entah ke mana. 

Kasihan melihat keadaan kuching tersebut yang tidak dapat makan dan badannya kelihatan lemah, maka saya terfikir hendak mencuba stevia untuk mengubatinya. Ini kerana luka kencing manis pun boleh kering selepas dirawat dengan stevia, maka saya pun larutkan dua titis stevia ke dalam air dan mengubati kuching tersebut. 

Luka pada hidung dan mulutnya dibersihkan dengan menggunakan larutan stevia sementara beberapa titis diasukkan ke dalam mulutnya. 


Syukur alhamdulillah selepas dua tiga hari nampak ada improvement. Luka pada hidung dan mulutnya sudah sembuh dan ia dah boleh menjamah makanan yng diberikan. Kini kuching itu sudah kembali sihat seperti sediakala. 

Kemungkinan kuching itu termakan binatang berbisa. Maklumlah sahaja baharu dua tiga hari hujan mula turun.

Stevia mempunyai beberapa sifat seperti anti septik yang boleh digunakan sebagai pencuci luka )seperti kita mengguna laturan Dettol). Ia juga anti bakteria dan dapat mengawal bakteria dari merebak. disamping itu juga ianya antitoxin yang boleh membantu membuang toksin dalam badan. Satu lagi sifat stevia ialah ia antimikrobial iaitu mengawal mikro organisme daripada merebak serta menghalang pertumbuhannya.  

Thursday, May 12

APA KELEBIHAN STEVIA?

Stevia adalah merupakan herba yang asalnya tumbuh di Parguay di Amerika Selatan dan telah digunakan oleh penduduk setempat sebagai pemanis untuk makanan. Kini stevia sudah mula dikenali di serata dunia sebagai pemanis gantian kepada gula tebu atau gula pasir yang didapati banyak mambawa kemudaratan kepada tubuh manusia.

Antara kemudaratan yang paling ditakuti ialah kencing manis yang boleh membawa kepada kehilanggan anggota tertentu badan kerana kencing manis boleh dikatakan sakit yang tiada jalan kembali. Suah ribuan individu yang mengalami penyakit kencing manis terpaksa dipotong jari, kaki, tangan dan sebagainya.


Selain itu gula juga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami obesiti atau berat badan meningkat melebihi teruk dari berat badan unggul. Mereka yang mengalami obesiti pula akan disusuli dengan lain-lain penyakit jika tidak dirawat di peringkat awal.

Kandungan gula yang tinggi dalam tubuh juga berkemungkinan akan memberi kesan kepada buah pinggang yang akhirnya pengidap terpaksa menjalani rawatan dialisis kerana buah pinggang tidak dapat mencuci darah dengan berkesan.

Jadi, mengapa stevia menjadi pilihan sebagai penganti gula tebu untuk memaniskan makanan dan minuman kita? Rajah berikut adalah sifat-sifat stevia.


Di bawah pula ialah salinan dari laman web wikipedia yang memberikan maklumat tentang pemanis tiruan atau artificial sweetener yang sering disyurkan kepada mereka yangi ngin diet.