Wednesday, April 19

GAURANA - SALAH SATU RAMUAN DALAM KH KOPI

Selain ramuan utama dalam kopi pracampuran yang banyak di pasaran ialah Tongkat Ali, ada lagi kopi yang menambahkan herba-herba tambahan pada kadar yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan.

KH Kopi, selain mengandungi ekstrak Tongkat Ali, juga ada herba yang bernama Guarana,  sejenis tumbuhan hutan asli di Lembah Amazon, khususnya di negara Brazil. Pokok Guarana atau nama saintifiknya Paullinia Cupana, Paullinia Crysan dan Paullinia Sorbilis telah mula ditanam di negara ini untuk memberikan pendapatan tambahan kepada pekebun kecil. Harga Guarana di pasaran ialah antara RM200-RM300 dan sepokok Guaran boleh menghasilkan lebih kurang 50 kilogram.

Anda boleh baca selanjutnya tentang pokok ini DI SINI.

Apakah khasiat biji Gaurana ini sehingga dijadikan salah satu ramuan dalam KH Kopi.
Kredit Foto DETOX TRADING

Efek pertama biji Gaurana ialah meningkatkan dan menambahkan tenaga seksual lelaki dan perempuan. Ini kerana ia mampu mengembangkan saluran darah bagi membolehkan lebih banyak darah mengalir ke kawasan-kawasan yang memerlukan lebih-lebih lagi apabila kita semakin meningkat usia. Salah satu punca kelemahan tenaga pada lelaki dan wanita ialah masalah peredaran darah. 

Apabila peredaran darah lancar ke seluruh tubuh khususnya ke otak, secara tak langsung ia boleh mengurangkan rasa mengantuk kerana salah satu sebab mengantuk ialah kurangnya bekalan oksigen ke otak yang dibawa oleh darah. Begitu juga dengan kes migrain.

Otak yang menerima bekalan oksigen yang mencukupi secara tak langsung akan meransang aktivitinya khususnya aktiviti kognitif yang hasilnya meningkatkan daya ingatan.

Kesan kedua Guarana ialah membantu melancarkan sistem perkumbuhan tubuh iaitu melancarkan pembuangan air kecil dan air besar, salah satu lagi kesan pada manusia yang semakin meningkat usia.

Lain-lain khasiat Guarana ialah ia membantu untuk mengawal awet muda disamping menurunkan berat badan dengan mengurangkan nafsu dan selera untuk makan, salah satu punca kegemukan.