Saturday, October 1

KURSUS ASAS PERNIAGAAN

Hari ini pertama kali mengikuti kursus seperti di atas yang dianjurkan oleh MAEDEC setelah menjadi ahli. Hadir kursus tanpa mendaftar kerana beberapa kali menelefon nombor yang diberikan tidak ada yang menjawab. Tertanya-tanya juga adakah orang yang bertugas di pejabat. Rasanya lebih dari empat kali cuba menelefon MAEDEC tetapi tidak berjawab. Ianaya memberikan satu gambaran negatif terhadap organisai itu yang bertujuan untuk menolong rakyat Malaysia menceburi bidang perniagaan.

Semasa tiba di Taman Melawati payah pula mencari lokasi kursus. Maklumlah kali pertama hendak ke temapat berkenaan. Cuba menelefon pejabat MADEC tetapi macam buas tidsk ada orang menjawab. Ah, mungkin hari ini Sabtu dsan pejabat tidak buka. Lantas buka laman web PPU1M dan dapatlah nombor hotline yang merupakan nombor telefon bimbit. Barulah mendspst tahu lokasi sebenar tempat itu.
Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments:

Post a Comment